Thursday 9 February 2012

KEDAH VS KUALA LUMPUR l 8.02.2012 l ULASAN PERLAWANAN

Salam semua Penyokong Setia Hijau Kuning. Pada 08.02.2012 yang lalu, saingan liga super 2012 kembali setelah berehat seminggu. untuk perlawanan kali ini, Kedah telah bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur. Perlawanan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada jam 8.45 malam.

Kedua-dua pasukan sememangnya inginkan kemenangan bagi memastikan moral pasukan bertambah. Berikut merupakan 'line up' bagi pasukan Kedah bagi perlawanan ini

Helmi Eliza (PG) - Keon - Tibo - Fauzi Nan - Sabree - Fiory - Amar - Baddrol - Faizal - Khyrill - Baroni

Seawal minit ke 7, pasukan Kedah berjaya mendapatkan gol pertama bagi perlawanan ini. Gol telah dijaringkan oleh Khyrill Muhymeen menerusi rembatan deras. Untuk menonton soroton video gol itu, anda boleh klik DI SINI. Kredit kepada sokernet.com atas soroton video tersebut.

Pasukan Kedah berjaya mengekalkan gawang mereka daripada dibolosi pihak lawan sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua pula memperlihatkan penguasan bola yang seimbang bagi kedua-dua pasukan dan ternyata 3 mata penuh berjaya diperolehi oleh pasukan Kedah apabila berjaya mengekalkan jaringan 1-0 itu sehingga tamat permainan.

Berikut merupakan kedudukan pasukan Kedah setelah 6 perlawanan liga super 2012.

kredit kepada sokernet.com

Tahniah untuk skuad Kedah! InsyaAllah, sinar kebangkitan skuad Kedah sudah kelihatan. Ayuh bersama-sama dalam menyokong pasukan Kedah. Lawan tetap Lawan!

Thursday 2 February 2012

ISU KEMEROSOTOAN SKUAD KENARI


SETELAH prestasi hambar yang dipamerkan oleh pemain sebagai punca kemerosotan Kedah, kali ini kelemahan itu dihalakan pula kepada Wan Jamak Wan Hassan.

 Wan Jamak Wan Hassan

Ia berikutan penggantungan ketua jurulatih itu diakhir musim lalu yang membuatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak sempat mencari jurulatih baharu bagi menguruskan pasukan.

Turut dipersalahkan oleh penyokong skuad Hijau Kuning ialah pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang didesak berundur daripada jawatan yang disandangnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak merupakan punca utama berlaku kepincangan dalam pengurusan bola sepak Kedah. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib

"KFA terpaksa mengambil Mohd. Nidzam Adha (jurulatih skuad Piala Presiden) untuk membimbing Kedah buat sementara waktu sebelum Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) yang tamat pengantungannya Sabtu lalu mengambil alih semula.
"Namun selepas Wan Jamak kembali, sekiranya tiada sebarang kemajuan dalam skuad Kedah, kita akan mengkaji dan menilai semula beberapa perkara bagi menyelesaikan masalah yang melanda pasukan ketika ini," katanya. 

Bagaimanapun, menurut Hamdan, semua pihak termasuk pengurusan, pentadbiran dan pemain perlu bertanggungjawab berikutan prestasi hambar skuad Kedah. 

"Saya merasakan tidak adil jika kita menuding jari kepada mana-mana individu tertentu kerana ini adalah usaha bersama.

"Saya memang mengambil serius perkara ini dan harus melakukan yang terbaik," katanya.
Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya sekadar seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September lalu. 

Turut menerima nasib sama, Radhi yang merupakan penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri yang digantung empat perlawanan.

Dalam pada itu, Hamdan turut mempersoalkan persembahan hambar beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Sabree Abu dan Amar Rohidan yang gagal membantu pasukan mencapai kemenangan.

Katanya, pemain tempatan mempunyai kualiti yang baik, namun persembahan mereka agak tumpul menyebabkan peminat hampa dengan permainan mereka.

"Bertambah malang, import Kedah pula tidak berkualiti sehingga menyebabkan mereka terpaksa digugurkan bagi mencari import baharu yang dapat membantu mengubah nasib pasukan," katanya.

Menurut Hamdan, KFA dalam mesyuarat baru-baru ini memutuskan untuk mencari dua pemain import baharu di bahagian serangan dan tengah bagi membantu memantapkan pasukan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pemain berkaitan gaji dan kebajikan mereka, malah turut memberi insentif sekiranya mereka menang atau seri dalam perlawanan,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KFA menubuhkan satu pasukan pemantau yang terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi pemain dan jurulatih serta turut memantau isu-isu berkaitan dengan bola sepak termasuk rasuah.

"Mereka terdiri daripada ahli Eksekutif KFA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

>  Keratan dari akhbar kosmo ( sukan ) 03.02.12 , jumaat <

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...