Wednesday 29 August 2012

KEDAH KEMBALI BERNAFAS


Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my

Pemain Kedah, Vedran Gerc (kiri) mengasak pemain Terengganu, Erison Da Silva dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, malam tadi.


ALOR SETAR - Kedah kembali bernafas untuk meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan Terengganu 2-1 dalam aksi Kumpulan B diStadium Darul Aman, semalam.

Kemenangan itu meletakkan skuad Kenari berkongsi tiga mata dengan Terengganu pada tangga ketiga dan keempat dalam 'kumpulan maut'.
Skuad Kenari bagaimanapun masih berdepan laluan berduri untuk mara ke peringkat suku akhir dengan perlu mencatatkan kemenangan dalam semua baki perlawanan peringkat kumpulan.

Penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambry muncul wira Kedah selepas meledakkan kedua-dua gol tuan rumah manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahaya.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-10 apabila Khyril Muhymeen berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan sebelum memperdaya penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.

Kelebihan jaringan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila tandukan Abdul Hadi menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Khyril Muhymeen menghadiahkan tiga mata kepada Kedah menerusi jaringan kedua, dua minit selepas rehat.

* Artikel oleh Utusan Online.
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120829/su_03/Kedah-kembali-bernafas

Sunday 26 August 2012

PIALA MALAYSIA 2012 [SELEPAS 2 PERLAWANAN]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua. Pada 25.08.2012 (Sabtu), perlawanan kedua bagi saingan Piala Malaysia 2012 bagi setiap kumpulan telah diadakan. Pasukan Kedah tewas 1 - 2 kepada pasukan Kelantan di gelanggang Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan. 

Gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Khyril Muhymeen seawal minit ke 4 menerusi gelecekan cantik beliau dari tengah padang. Beliau membuat larian deras dari tengah padang dan menggelecek dua pertahanan lawan dan seterusnya menjaringkan gol. 

Tersentak dengan gol awal daripada pasukan Kedah, pasukan tuan rumah menggandakan usaha dan  Kelantan berjaya memperolehi dua gol menerusi penyerang pinjaman dari pasukan KL iaitu Afiq Azmi. 

Keputusan di lain-lain venue adalah seperti berikut:

Johor FA 1-2 Johor FC
ATM 2-1 Terengganu
N.Sembilan 4-0 Sime Darby
Selangor 2-2 Pahang
T Team 0-0 Sarawak
LionsXII 3-1 PKNS
Perak 1-3 Felda utd

Berikut merupakan statistik bagi pasukan Kedah setelah mengharungi 2 perlawanan
Grafik PSHK l Statistik Pasukan Kedah F.A Selepas 2 Perlawanan Piala Malaysia 2012 peringkat kumpulan

Berikut merupakan sorotan video perlawanan Kedah menentang Kelantan (kredit Epiebeck)


Sorotan Aksi Kedah vs Kelantan l Piala Malaysia 2012 [Perlawanan 2] l Kredit Epiebeck Youtube

Perlawanan seterusnya bagi pasukan Kedah bagi saingan Piala Malaysia 2012


Tuesday 21 August 2012

KHYRIL TEKAD JULANG KEDAH RAIH PIALA

Penjaring terbanyak Kedah dalam Liga Super, Khyril Muhymeen Zambri sudah sedia meneruskan kecemerlangan menjaringkan gol ketika bertemu Tentera pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini. 

Saya juga yakin kembalinya penyerang dari Croatia, Vedran Gerc akan memantapkan lagi bahagian serangan dengan kombinasi Baddrol Bakhtiar dan Faizal Abu Bakar yang sudah mula menemui sentuhan penyudah.


Saya belum berpeluang bertemu dengan jurulatih baru Kedah, Marijo Tot dan saya yakin akan membuahkan hasil yang baik untuk saya menambah ilmu di bawah seorang jurulatih berpengalaman yang memiliki begitu banyak ilmu bola sepak.

Sama-sama kita doakan agar Khyril mampu menggegar bagi saingan Piala Malaysia nanti l Foto oleh SyafiqAGhani Mamat [PSHK]

Kini saya tidak lagi dibelenggu kecederaan. Ini memberi peluang kepada saya untuk beraksi dengan kemampuan sebenar saya dan ia faktor kejayaan saya menjaringkan 10 gol ketika Liga Super, kata Khyril, semalam. 

Tambah Khyril, dia juga puas hati kerana Kedah diletakkan dalam Kumpulan B bersama Kelantan, Terengganu dan Tentera kerana siapa sahaja yang dapat melayakkan diri ke suku akhir pasti akan dapat menambah keyakinan diri bagi meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.


Perlawanan pertama bagi kempen Piala Malaysia 2012 ini juga akan menjadi medan terbaik bagi jurulatih baru Kedah iaitu Marijo Tot untuk menurunkan kesebelasan terbaik bagi menentang pasukan ATM di Stadium Darul Aman pada malam ini. Sama-sama kita doakan kejayaan Kedah. Lawan Tetap Lawan! Pulun Kedah Pulun!

Marijo Tot, Jurulatih baru pasukan Kedah dari Croatia

* Artikel dipetik dari Berita Harian online (22 Ogos 2012)
[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhyriltekadjulangKedahraihpiala/Article]

Sunday 19 August 2012

PIALA MALAYSIA 2012

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (F.A.M.) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air. (*sumber Wikipedia)

SEJARAH PIALA MALAYSIA

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948. Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995 Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir. Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg pertama bagi mereka. (*sumber Wikipedia)

SENARAI JUARA PIALA MALAYSIA

1. Selangor - 32
2. Singapura - 24
3. Perak - 7
4. Kedah - 4
5. Pulau Pinang - 4
6. Kuala Lumpur - 3
7. Pahang - 2
8. Negeri Sembilan - 2
9. Johor - 2
10. Perlis - 2
11. Kelantan - 1
12. Terengganu - 1
13. Brunei - 1
14. MPPJ Selangor - 1 

PIALA MALAYSIA 2012

Untuk edisi kali, Kedah diundi dalam kumpulan yang agak menarik di mana ramai yang mengatakan bahawa kumpulan Kedah merupakan kumpulan maut. Berikut merupakan senarai kumpulan dan perlwanan bagi Piala Malaysia 2012

Kumpulan Piala Malaysia 2012 l Grafik PSHK

Jadual Piala Malaysia Pasukan Kedah l Grafik PSHK

Jadual Lengkap Piala Malaysia 2012 [ Sumber: FAM]

 Jadual Lengkap Piala Malaysia 2012 [ Sumber: FAM]

 Jadual Lengkap Piala Malaysia 2012 [ Sumber: FAM]

Jadual Lengkap Piala Malaysia 2012 [ Sumber: FAM]

Oh ya, sebelum terlambat, kami di PSHK ingin mengucapkan kepada anda semua 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN'. InsyaAllah teruskan bersama kami :)




Monday 6 August 2012

BERITA TERKINI l KEDAH F.A


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...