TENTANG PSHK


Pada tahun 2010, sekumpulan anak muda berasal daripada Kedah yang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Pulau Pinang menceuskan satu idea dengan menubuhkan 'fanpage' PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING di laman sosial Facebook. Mengakui dan menyedari bahawa sudah wujudnya Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah yang elit iaitu Hijaukuning.Com (HKC) dan Kenari Fan Squad (KFS) yang diuruskan dengan baik dan professional, PSHK tampil bukan untuk memecah belahkan dominasi HKC dan KFS dan jauh sekali untuk memecah belahkan peminat. Cuma, PSHK ingin menjadi kelompok yang meneruskan kesinambungan kejayaan penyokong bola sepak Kedah dengan cara yang tersendiri.

Hakikatnya, bola sepak menjadi medium utama dalam pergerakan PSHK, namun kami berhasrat untuk tidak fokus kepada bola sepak semata-mata. 90% info yang PSHK keluarkan adalah berkaitan tentang bola sepak Kedah dan Malaysia. Namun, kekuatan PSHK semakin diakui apabila PSHK menjadi laman yang berkongsi tentang info negeri, loghat, sejarah dan paling penting ialah tazkirah agama yang berterusan. Hal ini kerana kami mempunyai matlamat untuk menyemarakkan bola sepak Kedah dengan pendidikan dan ilmu itu sendiri. Sebenarnya, kita ingin melahirkan penyokong yang setia iaitu penyokong yang arif dan peka dengan isu bola sepak, perlembagaan dan perjalanan pengurusan bola sepak dan bukannya menghentam pasukan tanpa berlandaskan mana-mana fakta.

Justeru, kami merasakan sudah tiba masanya PSHK bergerak dan dibantu oleh HKC, KFS dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sendiri. Arus bola sepak negara kita sedang menuju ke arah professional dan sewajarnya kita bersama-sama melakukan transformasi dan pendidikan kepada penyokong agar kita berjaya mewujudkan suasana penyokong yang intelek dan professional. Dalam menggerakan 'fanpage' PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING ini, terdapat sembilan tenaga kerja yang akan memberikan info-info serta grafik-grafik menarik kepada anda semua. Berikut merupakan AJK bagi PSHK. Lawan tetap lawan! Pulun Kedah Pulun!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...