Tuesday 24 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS JOHOR FC

Grafik oleh Syafiqaghani Mamat ikhlas untuk PSHK

Saturday 21 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS KELANTAN F.A l ULASAN PERLAWANAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan untuk semua pembaca blog PSHK. Pada 20.01.2012 (Jumaat) yang lalu, pasukan Kedah telah bertemu dengan pasukan Kelantan bagi saingan liga super 2012 (perlawanan ke 4). Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada jam 8.45 malam.

Senarai barisan utama pasukan Kedah dan Kelantan bagi perlawanan itu adalah seperti berikut:

KEDAH F.A
Mie Yeh (GK) - Thiru - G-nan - Keon - Sabree - Syamim - Amar - Tibo - Sepet - Meen & Bad

Simpanan: Bashahrul, Baroni, Latiff, Kamal Azira, See Kok Luen, Fazliata & Muhaimin (GK)
KELANTAN F.A

Lineup Kelantan : Apek (GK) - Subramaniam - Farisham - Shakir - Mat Yo - Norfarhan - Aziz - Indra - Daudsu - Piya & M.Ghadar

Simpanan: Shahrizan (GK), Ramzul, N.Azwan Roya, M.Zamri, Rizal Fahmi, Denny Antwi & S.Chanturu
Perlawanan dimulakan dan untuk 20 minit pertama, pasukan Kelantan dilihat lebih banyak menguasai permainan. Sekitar minit ke 34, pasukan Kelantan telah dihadiahkan sepakan penalti oleh penalti selepas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Kedah. Berikut merupakan sorotan video gol pertama pasukan Kelantan 
 
Kredit video oleh Sokernet.com 
5 minit selepas gol pertama pasukan Kelantan, Pasukan Kedah dilihat cuba bangkit dan hasilnya, Khyril Muhymeen hampir-hampir menjaringkan gol pertama Kedah hasil daripada hantaran long ball daripada Baddrol Bakhtiar namun cubaan Khyril itu berjaya dikuis keluar oleh penjaga gol pasukan Kelantan iaitu Khairul Fahmi. Untuk separuh masa pertama, perlawanan berkesudahan dengan 1 - 0. Statistik untuk separuh masa pertama bagi pasukan Kedah dan Kelantan adalah seperti berikut:

Kedah / Kelantan

Shot On Target : 1 / 1
Shot Off Target : 3 / 5
Fouls : 7 / 7
Offside : 0 / 0
Corner Kick : 1 / 1
Yellow Card : 1 / 0
Red Card : 0 / 0
Separuh masa kedua bermula dan pasukan Kedah melakukan satu pertukaran dengan memasukkan Kamal Azira dan mengeluarkan Syamim. Sekitar minit ke 65, pasukan Kedah dilihat melancarkan serangan demi serangan ke gawang Kelantan. Kemudian, pada minit kt 67, pasukan Kedah melakukan satu lagi pertukaran dengan mengeluarkan Amar dan memasukkan Baroni.
Pasukan Kedah hampir-hampir mendapat gol pertama apabila Faizal melakukan satu rembatan, namun rembatan itu hanya menggegarkan palang pasukan Kelantan. Soroton video rembatan Faizal Abu Bakar boleh dilihat di bawah

Video kredit Sokernet.com

Pada minit ke 72, pasukan Kelantan pula melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan M. Ghadar dan menggantikannya dengan Denny Antwi. Pada minit ke 79, pasukan Kelantan berjaya memperoleh gol kedua hasil jaringan NorShahrul Idlan Talaha yang merembat ke arah kanan gol Kedua. Gol kedua pasukan Kelantan ini berpunca daripada kesilapan pertahanan Kedah yang agak leka sedikit. Video gol ini boleh dilihat di bawah


Video kredit Sokernet.com

Pada minit ke 87, pasukan Kedah melakukan pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Faizal Abu Bakar dan memasukkan Latiff. Pada minit 90+3, Denny Antwi berjaya menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Kelantan hasil kesilapan Helmi Eliza. Video gol ketiga pasukan Kelantan boleh dilihat di bawah


Video kredit Sokernet.com

Kedudukan terkini liga super 2012 selepas 4 perlawanan adalah seperti berikut:
Kredit DuniaSukanOnline

Perlawanan berkesudahan dengan Kedah 0 - Kelantan 3. Perlawanan seterusnya bagi pasukan Keda ialah Keda F.A akan menentang dengan pasukan Johor FC pada 28.1.2012 jam 8.45 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Lawan Tetap Lawan! Pulun Kedah Pulun!

Saturday 14 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS LIONS XII FC l ULASAN PERLAWANAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua Penyokong Setia Hijau Kuning. Saingan liga super 2012 telah kembali menemuui kita semua pada 14.01.2012. Untuk perlawanan kedua ini, pasukan Kedah telah bertemu dengan pasukan Lions XII FC.

Bertindak selaku tuan rumah bagi perlawnan ini, pasukan Kedah berazam mahu menambat kembali hati para Penyokong Setia Hijau Kuning. Pasukan Kedah mendapat suntikan semangat apabila kira-kira 8 ribu penyokong setia hijau kuning datang memenuhi stadium darul aman, Alor Setar. Perlawanan dimulakan pada jam 8.45 malam. Senarai barisan utama bagi pasukan Kedah untuk perlawanan kali ini adalah seperti berikut:

Barisan Utama: Hadi(GK) l Fauzi Nan l Tibo l Sabree Abu l Faizal Abu Bakar l Amar Rohidan (K) l Kok Luen l Fiqry Mat Isa l Khyril l Baroni

Perlawanan dimulakan dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada awal babak permainan. Untuk tempoh 20 minit pertama, pasukan Lions XII FC dilihat menguasai permainan namun untuk tempoh yang berikutnya, pasukan Kedah berjaya mengimbangi perlawanan dan satu perkara yang harus diakui ialah pasukan Kedah kerap kali melakukan serangan ke gawang gol pasukan Lions XII FC, namun penyudah yang tumpul sedikit sebanya menjejaskan rentak permainan pasukan Kedah.

Pada minit ke 26, pasukan Kedah berjaya mendapat sepakan percuma di hadapan kotak penalti pasukan Lions XII FC setelah Sabree Abu dijatuhkan dalam kawasan tersebut. Namun, sepakan percuma itu tidak berupaya untuk menjelmakan gol untuk pasukan Kedah. Kemudian, pada minit ke 29, pasukan Kedah telah berjaya mendapat sepakan sudut dan pasukan kedah dilihat semakin agresif dalam melancarkan serangan ke gawang pasukan Lions XII FC. Separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 0 - 0. Berikut merupakan statistik bagi pasukan Kedah untuk separuh masa pertama:

Foul: 8/8
Corner Kick: 4/4
Shot Off Target: 3/1
Shot On Target: 2/2
Offside: 0/2

Separuh masa kedua bermula dan pasukan Kedah telah melakukan satu pertukaran pada minit ke 54 iaitu dengan mengeluarkan Fiqry Mat Isa dan memasukkan Thiru. Pasukan Kedah lebih banyak menguasai kawalan bola dan pada minit ke 65, Abdul Latif masuk menggantikan Kok Luen. Pasukan Kedah melakukan pertukaran yang ketiga pada minit ke 73 dengan memasukkan Syamim dan mengeluarkan Fazliata. Keputusan penuh bagi perlawanan ini adalah 0 - 0.Rumusan daripada perlawanan ini adalah pasukan Kedah harus mempertajamkan penyudah dan memperkemaskan hantaran. InsyaAllah, pasukan Kedah akan bangkit untuk perlawanan seterusnya.

Aksi dalam perlawanan semalam. 
Kredit foto: Aizzuddin Hakim l Dunia Sukan

Ayuh! Teruskan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk pasukan Kedah bagi perlawanan yang seterusnya iaitu perlawanan diantara pasukan Kedah menentang pasukan Selangor PKNS FC. Perlawanan ini akan diadakan pada 17 Januari 2012, 8.45 malam di Stadium Kelana Jaya. TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini.

Carta liga super 2012 selepas perlawanan kedua adalah seperti berikut:

Kredit gambar: Duniasukan.com

* Nantikan entri terbaru (review perlawanan Kedah menentang Selangor PKNS FC


Friday 13 January 2012

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BELIA SEJAHTERA

Klik untuk pembesaran imej

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog PSHK. Selaku rakan media bagi kejohanan ini, kami di PSHK ingin mengumumkan bahawa PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BELIA SEJAHTERA akan diadakan pada 23 Januari 2012/29 Safar 1433 (Isnin). Kejohanan ini akan diadakan di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang pada jam 9 pagi hingga 6 Petang. Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh dirujuk pada banner di atas.

Jika anda berminat untuk menyertai kejohanan ini, anda bolehlah mendownload borang pertandingan dengan KLIK DI SINI

Thursday 12 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS LIONS XII FC

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan kepada anda semua. Baiklah, entri kali ini adalah mengenai jadual liga super 2012 [perlawanan kedua] yang akan berlangsung pada 14.01.2012 kecuali perlawanan di antara Kelantan menentang Selangor PKNS yang dijadualkan berlangsung pada 13.01.2012.

Pasukan Kedah akan menerima kunjungan pasukan Lions XII di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada hari sabtu ini jam 8.45 malam. Diharapkan pasukan Hijau Kuning mampu mencipta kemenangan bagi perlawanan kedua ini. Bagi kami, pasukan Lions XII bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah. Mereka dibarisi pemain-pemain senior pasukan kebangsaan Singapura. Walaupun mereka 'melanggar syarat' yang telah ditetapkan FAM, namun atas 'kelembutan' FAM dalam perkara ini, maka pasukan Lions XII boleh membariskan pemain-pemain senior dalam pasukan tersebut. Tidak mengapa, kita tinggalkan kisah FAM. 


Yang ingin kita perkatakan sekarang ialah marilah kita sama-sama menyokong pasukan Kedah bagi perlawanan ini. Diharap para pemain pasukan Kedah mampu menunjukkan aksi yang mantap di hadapan penyokong setia hijau kuning. Ayuh! Marilah bersama-sama kami dalam menyokong pasukan Kedah. Lawan tetap lawan! Pulun Kedah Pulun!

LIGA SUPER 2012 l T-TEAM VS KEDAH F.A l 10 JANUARI 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk penyokong setia hijau kuning. Pada 10 Januari 2012 yang lalu, Liga Super 2012 telah membuka tirainya dan  perkara ini sudah tentu ditunggu-tunggu oleh peminat setia bolesepak Malaysia.Untuk perlawanan pertama, pasukan Kedah F.A telah dijadualkan bertembung dengan pasukan dari pantai timur iaitu T-Team. Jadual liga super 2012 untuk perlawanan pertama boleh dirujuk di bawah. Sesungguhnya, perlawanan ini amat dinanti-nantikan oleh peminat setia hijau kuning.



Perlawanan di antara pasukan Kedah dan T-Team telah diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada jam 8.45 malam. Turun sebagai pasukan pelawat bagi perlawanan ini, pasukan Kedah mempertaruhkan barisan pemain-pemain seperti Danilo, Khyril dan lain-lain. Senarai barisan pemain pada perlawanan malam itu adalah seperti berikut:

BARISAN UTAMA: HADI (GK) l THIRU l KEOWN l DANILO l FAUZI NAN l SABREE l SANY l FAZLIATA l AMAR l BARONI l KHRYIL

BARISAN SIMPANAN: FIQRY l KOK LUEN l KAMAL AZIRA l FAIZAL ABU BAKAR l MUHAIMIN (GK) l SYAMIM


Perlawanan dimulakan dengan asakan dari kedua-dua pasukan. Gol pertama perlawanan telah berjaya diperoleh oleh pasukan tuan rumah iaitu T-Team pada minit ke 11 hasil jaringan Muhd Faiz. 5 minit berikutnya pula, pasukan T-Team dilihat lebih banyak menguasai penguasaan bola di tengah padang manakala pasukan Kedah pula cuba menggasak pintu gol pasukan T-Team.

Pada minit ke 20, pasukan Kedah hampir-hampir memperolehi gol pertama hasil daripada tandukan Khyril Muhymeen, namun sayang seribu kali sayang, tandukan itu terkena tiang gol pasukan T-Team. Pada minit ke 29, pasukan T-Team berjaya memperolehi gol kedua hasil daripada tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang berjaya ditanduk kemas oleh Muhd Faiz.

2 minit kemudian, pemain Kedah iaitu Thiru telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil. Pada minit 33, pasukan T-Team berjaya memperoleh satu lagi gol hasil daripada tendangan percuma Zairo Anuar Zailani. Ketinggalan 3 - 0 menyebabkan pasukan Kedah melakukan satu pertukaran. Pada minit ke 35, Sany Mat Isa dikeluarkan dan digantikan dengan Mohd Fiqry Md Isa.

Pada minit ke 54, pasukan Kedah sekali lagi melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Fazliata dan menggantikannya dengan Kamal Azira. Pasukan Kedah berusaha untuk mencari gol di Kuala Terengganu. Kemudian, pada minit ke 75, Faizal Abu Bakar masuk menggantikan awang import Kedah iaitu Danilo.

Keputusan penuh bagi perlawanan ini ialah T-Team 3 - 0 Kedah. Diharap pasukan Kedah akan memberikan aksi terbaik bagi perlawanan kedua nanti iaitu Kedah F.A menentang Lions XII FC. lawan tetap lawan! Pulun Kedah Pulun!

Friday 6 January 2012

KEDAH F.A MAHU BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA


 ZAMAN kegemilangan pasukan Kedah yang pernah mencapai kejayaan treble pada 2007 bakal menjadi pembakar semangat kepada barisan pemain skuad Hijau Kuning menjelang sepak mula Liga Super pada 10 Januari ini.
Cuma yang membezakan, ketika itu Kedah dikatakan mempunyai gandingan pemain import mantap iaitu Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin.
Namun, pada saingan Liga Super 2012 ini, pasukan yang diberi jolokan skuad Kenari akan mempertaruhkan khidmat dua pemain Brazil iaitu Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Danilo) dan Daniel Soares Neves (Baroni).
Pemain Import Kedah F.A bagi musim 2012. Kiri (Baroni) dan kanan (Danilo)

Tugas berat itu pasti dirasai kedua pemain import berkenaan dan boleh dikatakan seluruh penyokong skuad Kenari pasti menaruh kepercayaan tinggi kepada pemain berkenaan bagi mengulangi kejayaan treble yang pernah menjulang nama pasukan negeri itu.


Namun, ketiadaan tonggak utama, Baddrol Bakhtiar, akibat mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan pasti dirasai barisan kesebelasan utama kerana khidmat pemain muda itu amat ditagih bagi terutama di barisan tengah.


Mana tidaknya, untuk empat perlawanan pertama saingan Liga Super 2012, pasukan Kenari akan berdepan ujian getir termasuk pertemuan dengan Singapura yang kembali beraksi di dalam kancah liga tempatan selepas kali terakhir pasukan itu beraksi pada 1994.

Tugas berat itu terpaksa dilalui melalui garapan pemain tempatan dan import demi mengembalikan zaman kegemilangan pasukan negeri itu sekali gus menjadikan skuad Hijau Kuning digeruni oleh pasukan lawan.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof turut mengakui tugas berat terpaksa dipikul oleh barisan pemainnya pada saingan awal Liga Super, namun beliau menegaskan persediaan rapi sudah dilakukan termasuk perkembangan positif beberapa pemain muda.

Menurutnya, pasukan kendaliannya memang memerlukan khidmat pemain import supaya dapat memberi impak kepada mutu permainan, namun harapan menggunung turut disandarkan kepada gandingan pemain tempatan yang mampu memberi kelainan kepada corak permainan.

Katanya, selain Baddrol Bakhtiar, pemain lain yang bakal menggalas misi pasukan itu adalah Mohd Khyril Muhymeen, Amar Rohidan, Mohd Fauzie Nan dan Azmizi Azmi.

“Sebenarnya, dalam permainan bola sepak, kita tidak boleh mengharapkan kepada beberapa pemain saja untuk mencipta kemenangan sebaliknya perlu bekerja sebagai satu pasukan dan dalam erti kata lain saling memerlukan bagi mencipta kemenangan.

“Pada peringkat pra musim ini, saya dapat melihat semua barisan pemain tidak kira tempatan atau import mempu
nyai semangat tinggi dan saya sering menasihatkan supaya mengekalkan keazaman itu bagi membolehkan kami membawa pulang piala ke Kedah,” katanya ketika ditemui selepas tamat latihan pasukan itu, di sini, semalam.

Bagi Mohd Nidzam, pihaknya meletakkan beberapa sasaran tertentu dan mengingatkan kepada pemain supaya meraih kejayaan lebih baik berbanding musim lalu termasuk menjadikan skuad Kenari sebagai pasukan elit di dalam saingan Liga Super.

Selain itu, katanya, perkembangan positif yang ditunjukkan oleh pemain import melalui beberapa perlawanan persahabatan termasuk sesi latihan bakal menjadi batu loncatan kepada pasukan negeri itu untuk menguasai saingan liga.

“Secara dasarnya, saya dapat menjangkakan saingan Liga Super pada musim ini agak sengit apabila melihat setiap pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kelebihan sendiri tambahan pula pada saingan tahun ini, khidmat pemain import kembali dibenarkan.

“Walaupun begitu, keazaman barisan pemain tetap tinggi untuk menjulang piala sekali gus mengungguli semula takhta Liga Super kerana itu adalah antara misi skuad Hijau Kuning pada musim ini,” katanya.

Namun, biarpun laungan semangat sudah disuarakan bagi setiap pasukan yang bertanding, semuanya akan ditentukan pada 90 minit apabila Kedah bakal berkunjung ke Kuala Terengganu untuk bertemu pasukan T-Team pada Selasa ini.


PERSIAPAN PASUKAN KEDAH 2012

Persiapan Pasukan Kedah untuk Liga Super 2012.

Saingan liga Super 2012 dikhabarkan akan lebih mencabar dengan penampilan semula awang import dalam kancah liga Malaysia. Setiap pasukan yang mengambil bahagian kini sibuk membuat persiapan masing masing . Skuad Bolasepak Negeri Kedah darul Aman juga tidak terkecuali dalam mempersiapkan keseluruhan pasukannya bagi menghadapi cabaran liga super musim 2012 nanti.

Beberapa siri  perlawanan persahabatan telah dibuat demi menyiapkan pasukan yang rata rata dibarisi pemain muda yang  berpengalaman . Nama nama besar seperti Khyril Muhymeen zambri , Baddrol Bakhtiar , Amar Rohidan  , Fauzi Nan serta rakan rakan yang lain kini dilihat menggalas tugas yang berat bagi mengangkat semula martabat bolasepak negeri Kedah Darul Aman .

Bermula dari pertengahan Bulan Oktober , skuad Kedah  telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan jiran bagi menguji pemain import yang bakal diserapkan ke dalam pasukan . Untuk tujuan itu juga , Beberapa pemain dari luar Negara telah hadir bagi mencuba nasib mereka untuk memikat pengurusan dan kejurulatihan pasukan kedah darul aman .  Namun, Hanya Dua orang pemain import yang  dipilih bagi mengisi kekosongan yang disediakan . Daniel Baroni serta Danilo Vivaldo yang berasal dari  Brazil telah pon diikat kontrak oleh pasukan kedah sebagai pemain import bagi edisi kali ini .

Hasil dari Perlawanan persahabatan yang diadakan telah memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan kesayangan kita ini . Beberapa  Pasukan kelab  dari Thailand telah diberi peluang menguji kredibiliti serta kesungguhan para pemain kedah dan import khusunya samada telah bersedia untuk mengharungi cabaran liga super 2012 nanti. Disini dinyatakan keputusan penuh perlawanan persahabtan yang dilalui oleh pasukan kedah :


Keputusan Perlawanan Persahabatan :

02/01/2012: KEDAH 1 - 1 PERLIS
27/12/2011: KEDAH 0 - 4 BANGKOK FC                                                      25/12/2011: KEDAH 1 - 3 JAMJURI UNITED
23/12/2011: KEDAH 4 -  PULAU PINANG
20/12/2011: KEDAH 0 - 0 POS MALAYSIA
14/12/2011: KEDAH 9 - 0 TNB PRAI
05/12/2011: KEDAH 3 - 0 NARATHIWAT FC
30/11/2011: KEDAH 1 - 2 SONGKHLA FC
28/11/2011: KEDAH 2 - 1 PILIHAN IMPORT
20/11/2011: KEDAH 0 - 1 BANGKOK FC


Keputusan perlawanan  persahabatan adakalanya boleh dijadikan ukuran , tetapi perlu kita ingat bahawa momentum perlawanan persahabatan adalah berbeza dari perlawanan yang sebenar . Bertitik tolak dari keputusan Friendly match ini juga , ramai yang mengeluh melihat gaya Permainan yang ditunjukkan oleh pemain import yang diambil dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kedah F.A dalam menjalankan tugas mereka . 

Walaubagaimanapun , kami percaya bahawa skuad kedah yang diberi tanggungjawab murni kali ini bakal menunjukkan permainan sebenar nanti disamping menanam keghairahan tinggi utk menghasilkan kejayaan. Sesungguhnya, hadiah terbaik buat Semua Penyokong dan peminat setia Hijau Kuning  yang tidak pernah putus asa terus setia memberi sokongan adalah Kejayaan dari kalian semua ( pemain dan pengurusan Kedah F.A ) . Ayuh buktikan , Pulun Kedah Pulun !! Lawan Tetap Lawan !! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...