Thursday 12 January 2012

LIGA SUPER 2012 l T-TEAM VS KEDAH F.A l 10 JANUARI 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk penyokong setia hijau kuning. Pada 10 Januari 2012 yang lalu, Liga Super 2012 telah membuka tirainya dan  perkara ini sudah tentu ditunggu-tunggu oleh peminat setia bolesepak Malaysia.Untuk perlawanan pertama, pasukan Kedah F.A telah dijadualkan bertembung dengan pasukan dari pantai timur iaitu T-Team. Jadual liga super 2012 untuk perlawanan pertama boleh dirujuk di bawah. Sesungguhnya, perlawanan ini amat dinanti-nantikan oleh peminat setia hijau kuning.



Perlawanan di antara pasukan Kedah dan T-Team telah diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada jam 8.45 malam. Turun sebagai pasukan pelawat bagi perlawanan ini, pasukan Kedah mempertaruhkan barisan pemain-pemain seperti Danilo, Khyril dan lain-lain. Senarai barisan pemain pada perlawanan malam itu adalah seperti berikut:

BARISAN UTAMA: HADI (GK) l THIRU l KEOWN l DANILO l FAUZI NAN l SABREE l SANY l FAZLIATA l AMAR l BARONI l KHRYIL

BARISAN SIMPANAN: FIQRY l KOK LUEN l KAMAL AZIRA l FAIZAL ABU BAKAR l MUHAIMIN (GK) l SYAMIM


Perlawanan dimulakan dengan asakan dari kedua-dua pasukan. Gol pertama perlawanan telah berjaya diperoleh oleh pasukan tuan rumah iaitu T-Team pada minit ke 11 hasil jaringan Muhd Faiz. 5 minit berikutnya pula, pasukan T-Team dilihat lebih banyak menguasai penguasaan bola di tengah padang manakala pasukan Kedah pula cuba menggasak pintu gol pasukan T-Team.

Pada minit ke 20, pasukan Kedah hampir-hampir memperolehi gol pertama hasil daripada tandukan Khyril Muhymeen, namun sayang seribu kali sayang, tandukan itu terkena tiang gol pasukan T-Team. Pada minit ke 29, pasukan T-Team berjaya memperolehi gol kedua hasil daripada tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang berjaya ditanduk kemas oleh Muhd Faiz.

2 minit kemudian, pemain Kedah iaitu Thiru telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil. Pada minit 33, pasukan T-Team berjaya memperoleh satu lagi gol hasil daripada tendangan percuma Zairo Anuar Zailani. Ketinggalan 3 - 0 menyebabkan pasukan Kedah melakukan satu pertukaran. Pada minit ke 35, Sany Mat Isa dikeluarkan dan digantikan dengan Mohd Fiqry Md Isa.

Pada minit ke 54, pasukan Kedah sekali lagi melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Fazliata dan menggantikannya dengan Kamal Azira. Pasukan Kedah berusaha untuk mencari gol di Kuala Terengganu. Kemudian, pada minit ke 75, Faizal Abu Bakar masuk menggantikan awang import Kedah iaitu Danilo.

Keputusan penuh bagi perlawanan ini ialah T-Team 3 - 0 Kedah. Diharap pasukan Kedah akan memberikan aksi terbaik bagi perlawanan kedua nanti iaitu Kedah F.A menentang Lions XII FC. lawan tetap lawan! Pulun Kedah Pulun!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...