Saturday 14 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS LIONS XII FC l ULASAN PERLAWANAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua Penyokong Setia Hijau Kuning. Saingan liga super 2012 telah kembali menemuui kita semua pada 14.01.2012. Untuk perlawanan kedua ini, pasukan Kedah telah bertemu dengan pasukan Lions XII FC.

Bertindak selaku tuan rumah bagi perlawnan ini, pasukan Kedah berazam mahu menambat kembali hati para Penyokong Setia Hijau Kuning. Pasukan Kedah mendapat suntikan semangat apabila kira-kira 8 ribu penyokong setia hijau kuning datang memenuhi stadium darul aman, Alor Setar. Perlawanan dimulakan pada jam 8.45 malam. Senarai barisan utama bagi pasukan Kedah untuk perlawanan kali ini adalah seperti berikut:

Barisan Utama: Hadi(GK) l Fauzi Nan l Tibo l Sabree Abu l Faizal Abu Bakar l Amar Rohidan (K) l Kok Luen l Fiqry Mat Isa l Khyril l Baroni

Perlawanan dimulakan dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada awal babak permainan. Untuk tempoh 20 minit pertama, pasukan Lions XII FC dilihat menguasai permainan namun untuk tempoh yang berikutnya, pasukan Kedah berjaya mengimbangi perlawanan dan satu perkara yang harus diakui ialah pasukan Kedah kerap kali melakukan serangan ke gawang gol pasukan Lions XII FC, namun penyudah yang tumpul sedikit sebanya menjejaskan rentak permainan pasukan Kedah.

Pada minit ke 26, pasukan Kedah berjaya mendapat sepakan percuma di hadapan kotak penalti pasukan Lions XII FC setelah Sabree Abu dijatuhkan dalam kawasan tersebut. Namun, sepakan percuma itu tidak berupaya untuk menjelmakan gol untuk pasukan Kedah. Kemudian, pada minit ke 29, pasukan Kedah telah berjaya mendapat sepakan sudut dan pasukan kedah dilihat semakin agresif dalam melancarkan serangan ke gawang pasukan Lions XII FC. Separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 0 - 0. Berikut merupakan statistik bagi pasukan Kedah untuk separuh masa pertama:

Foul: 8/8
Corner Kick: 4/4
Shot Off Target: 3/1
Shot On Target: 2/2
Offside: 0/2

Separuh masa kedua bermula dan pasukan Kedah telah melakukan satu pertukaran pada minit ke 54 iaitu dengan mengeluarkan Fiqry Mat Isa dan memasukkan Thiru. Pasukan Kedah lebih banyak menguasai kawalan bola dan pada minit ke 65, Abdul Latif masuk menggantikan Kok Luen. Pasukan Kedah melakukan pertukaran yang ketiga pada minit ke 73 dengan memasukkan Syamim dan mengeluarkan Fazliata. Keputusan penuh bagi perlawanan ini adalah 0 - 0.Rumusan daripada perlawanan ini adalah pasukan Kedah harus mempertajamkan penyudah dan memperkemaskan hantaran. InsyaAllah, pasukan Kedah akan bangkit untuk perlawanan seterusnya.

Aksi dalam perlawanan semalam. 
Kredit foto: Aizzuddin Hakim l Dunia Sukan

Ayuh! Teruskan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk pasukan Kedah bagi perlawanan yang seterusnya iaitu perlawanan diantara pasukan Kedah menentang pasukan Selangor PKNS FC. Perlawanan ini akan diadakan pada 17 Januari 2012, 8.45 malam di Stadium Kelana Jaya. TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini.

Carta liga super 2012 selepas perlawanan kedua adalah seperti berikut:

Kredit gambar: Duniasukan.com

* Nantikan entri terbaru (review perlawanan Kedah menentang Selangor PKNS FC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...