Monday, 19 March 2012
Yallah Safi Yallah !!
Lihat saja lenggokan badan dan aksi memukau diatas padang, kelibat pemain yang diberi jolokan ‘Zidane Kedah’ oleh peminat setia Hijau Kuning membuktikan fenomena kehadiran Safi atau nama penuhnya Abdelfatah Safi mula dirasai.
Bermain diposisi tengah, Safi mempunyai corak pemikiran kreatif melorongkan bola kepada barisan penyerang untuk mengegarkan jaring selain semangat tidak berputus asa.
Persefahaman yang jitu bersama kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar membuktikan kehadirannya dalam skuad Kenari adalah tepat pada masanya. Lenggokan badan dan aksi yang menghiburkan di dalam mengelirukan pihak lawan berjaya dibuktikan semasa perlawanan pertamanya turun menentang Sabah yang berkesudahan 2-2 pada 11 Februari lalu.
Karier pemain ini di Kedah bermula berikutan aksi hambar ditunjukkan Danilo Rafael dos Santos Vivaldo (Danilo) dan Daniel Baroni Soares Neves (Baroni) dari yang dilihat gagal membantu pasukan di dalam mencari kemenangan sehingga akhirnya menghuni tangga kedua tercorot pada awal persaingan Liga Super 2012.
Peminat tidak dapat menerima prestasi hambar pasukan kesayangan mereka yang pernah menjuarai kejuaraan triple pada tahun 2007 dan 2008 dan pada waktu yang sama turut mempersoalkan kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mendapatkan kembali bekas penyerang import sensasi mereka, Marlon Alex James yang kini telah disambar pasukan kaya berstatus kelab yang beraksi di liga perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Seramai 10 pemain import berkunjung ke bumi Kedah untuk mengikuti sesi pemilihan pemain import sepanjang jendela perpindahan pemain import yang dilanjutkan termasuklah bekas penyerang handalan import Perlis, Philemon Chipeta.
Namun kehadiran Safi bagaikan membuka dimensi baru Kedah berdasarkan penampilan ditunjukkan dan keyakinan tersebut disuarakan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas kembali bertugas akibat digantung tujuh perlawanan gara-gara membantah keputusan pengadil pada tahun lepas. Kini semuanya terpulang kepada Wan Jamak untuk memastikan penampilanya bersama Kenari akan membuka demensi baru dan kembali mendaki puncak bersama kelompok pasukan lain pada tahun ini
Labels:
NEWS
Monday, 12 March 2012
Wan Jamak lega kejayaan skuad Kenari
ALOR SETAR - Skuad bola sepak Kedah menunjukkan prestasi yang
membanggakan selepas menewaskan Perlis 3-2 dalam Piala FA di Stadium
Darul Aman di sini, kelmarin.
Dua gol Kedah hadir menerusi Mohd. Khyril Muhymeen Mohd. Zambri dan satu jaringan pemain tengah, Amar Rohidan manakala gol Perlis hasil sentuhan Mohd. Rizal dan pemain gantian, Henry Lewis.
Ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya sepanjang 90 minit permainan.
''Bersyukur dengan kemenangan ini dan Kedah melangkah ke peringkat seterusnya," katanya.
Kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan di depan gawang lawan mengundang perasaan kurang puas hati Wan Jamak.
''Ini bukan permainan sebenar, mereka boleh bermain dengan lebih baik," katanya.
Kedah akan bertemu pasukan berstatus kelab, T-Team pada perlawanan suku akhir pertama akhir bulan ini.
- Utusan Malaysia 12 Mac 2012

Berikut merupakan sorotan video gol pasukan Kedah ketika menetang Perlis tempoh hari.
Video kredit sokernet.com
Labels:
NEWS
Tuesday, 6 March 2012
Pusingan Ke 2 Piala FA 2012 Kedah Vs Perlis
PERTEMBUNGAN derby utara antara Kedah dan Perlis sering kali menjanjikan aksi penuh mendebarkan dan berlangsung dalam keadaan penuh sentimen kenegerian.
Menurut pengendali Kedah, Wan Jamak Wan Hassan, walaupun Perlis bermain di Liga Perdana, itu tidak bermakna anak didiknya boleh memandang mudah pertemuan di Alor Setar, Sabtu ini.
“Saya selalu mengingatkan pemain supaya berusaha lebih gigih dalam setiap perlawanan yang dilalui termasuklah saingan Piala FA.
“Pemain harus waspada berdepan Perlis kerana ini merupakan pertandingan kalah mati. Jadi, sebarang kesilapan harus dielakkan jika mahu melangkah ke peringkat suku akhir,” katanya yang menagih sentuhan pemain import sensasi mereka, Abdelfatah Safi.
Safi berjaya meledak gol kemenangan ketika menumpaskan Selangor 1-0 hasil sepakan penalti dalam kempen Liga Super, Sabtu lalu menjadi sandaran utama peminat Hijau Kuning bagi meneruskan momentum kemenangan pasukan.
“Corak permainan Safi memang luar biasa dan mempunyai magis tersendiri. Dia begitu banyak membantu bahagian serangan dalam memburu gol,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Foto kredit FB Duniasukan online
Bagi rekod, Piala FA sudah tiga kali dibawa pulang ke negeri jelapang padi itu sejak kali pertama memenanginya pada 1996.
Oleh
Berita Sinar Harian
Labels:
NEWS
Monday, 5 March 2012
KEDAH VS SELANGOR l LIGA SUPER 2012
Salam semua warga PSHK. Pada 3 Mac yang lalu, pasukan Kedah telah dijadualkan untuk menentang pasukan Selangor di Stadium Darul Aman. Perlawanan telah berlangsung pada jam 8.45 malam dan sambutan penyokong amat memuaskan walaupun dikhabarkan hujan membasahi bumi Kedah pada hari tersebut. Alhamdulillah, inilah yang kita mahukan, semangat Kenari sentiasa tersemat di dalam jiwa penyokong-penyokong Kedah.
Perlawanan pada hari tersebut berkahir dengan kemenangan memihak kepada pasukan Kedah dengan jaringan 1-0. Jaringan tunggal pasukan Kedah telah dijaringkan oleh Safi Abdel Fateh menerusi sepakan penalti di minit-minit akhir perlawanan. Sorotan video gol tersebut boleh dilihat di bawah
Kredit kepada EPLSoker dan Astro
Dari segi jumplah penonton yang hodir ke stadium pula, apa yang kami boleh katakan ialah semangat penyokong mula membuak-membuak. Sedikit gambar yang kami perolehi
Kredit kepada pemilik asal gambar yang mengupload gambar ini di dalam laman fb sokernet.com
Dari segi jumlah 'like' di laman fb kami pula, Alhamdulillah, perlawanan ini telah menarik sejumlah warga Kedah untuk sentiasa mendapatkan info terkini mengenai pasukan Kedah di laman fb PSHK
Berikut merupakan kedudukan terkini pasukan Kedah di Liga Super 2012. Alhamdulillah, ada peningkatan dari masa ke semasa
Kredit Sokernet.com
Wan Jamak: Penyudah Kedah masih tumpul
Beliau berkata beliau perlu terus memperbaiki kelemahan tersebut untuk mengharungi perlawanan seterusnya.
Pada masa yang sama, beliau memuji kesungguhan dan kemampuan pemainnya
menyaingi pemain Selangor yang mempunyai ramai pemain kebangsaan
berpengalaman.
Wan Jamak berkata kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah turut menaikkan semangat para pemainnya, disertai
dengan sokongan kira-kira 20,000 penyokong.
"Saya amat bersyukur kerana berjaya mendapat tiga mata seperti yang diharapkan dan keseluruhannya pemain dapat mengimbangi permainan Selangor dengan rentak permainan mereka," katanya selepas perlawanan malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Kedah memperoleh tiga mata penuh untuk menduduki tempat ke-12 liga dengan pungutan 10 mata.
Penolong jurulatih Selangor, P. Maniam pula berkata pasukannya telah menunjukkan permainan dengan baik namun setelah pengadil perlawanan memberikan sepak penalti kepada Kedah untuk gol kemenangan Kedah pada minit 83, para pemainnya merasa tertekan.
Penalti kontroversi itu tercetus apabila pemain pertahanan Selangor, Mohd Bunyamin mengasak Mohd Khyril Muhymeen Zambri dari belakang dalam kotak penalti sehingga pengadil memberi sepakan penalti. Pemain import Kedah, Abdel Fatah Safi muncul wira setalah menyempurnakan sepak penalti itu. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)