PERTEMBUNGAN derby utara antara Kedah dan Perlis sering kali menjanjikan aksi penuh mendebarkan dan berlangsung dalam keadaan penuh sentimen kenegerian.
Menurut pengendali Kedah, Wan Jamak Wan Hassan, walaupun Perlis bermain di Liga Perdana, itu tidak bermakna anak didiknya boleh memandang mudah pertemuan di Alor Setar, Sabtu ini.
“Saya selalu mengingatkan pemain supaya berusaha lebih gigih dalam setiap perlawanan yang dilalui termasuklah saingan Piala FA.
“Pemain harus waspada berdepan Perlis kerana ini merupakan pertandingan kalah mati. Jadi, sebarang kesilapan harus dielakkan jika mahu melangkah ke peringkat suku akhir,” katanya yang menagih sentuhan pemain import sensasi mereka, Abdelfatah Safi.
Safi berjaya meledak gol kemenangan ketika menumpaskan Selangor 1-0 hasil sepakan penalti dalam kempen Liga Super, Sabtu lalu menjadi sandaran utama peminat Hijau Kuning bagi meneruskan momentum kemenangan pasukan.
“Corak permainan Safi memang luar biasa dan mempunyai magis tersendiri. Dia begitu banyak membantu bahagian serangan dalam memburu gol,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Foto kredit FB Duniasukan online
Bagi rekod, Piala FA sudah tiga kali dibawa pulang ke negeri jelapang padi itu sejak kali pertama memenanginya pada 1996.
Oleh
Berita Sinar Harian
No comments:
Post a Comment