Monday, 12 March 2012

Wan Jamak lega kejayaan skuad Kenari

ALOR SETAR - Skuad bola sepak Kedah menunjukkan prestasi yang membanggakan selepas menewaskan Perlis 3-2 dalam Piala FA di Stadium Darul Aman di sini, kelmarin.

Dua gol Kedah hadir menerusi Mohd. Khyril Muhymeen Mohd. Zambri dan satu jaringan pemain tengah, Amar Rohidan manakala gol Perlis hasil sentuhan Mohd. Rizal dan pemain gantian, Henry Lewis.

Ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya sepanjang 90 minit permainan.

''Bersyukur dengan kemenangan ini dan Kedah melangkah ke peringkat seterusnya," katanya.
Kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan di depan gawang lawan mengundang perasaan kurang puas hati Wan Jamak.

''Ini bukan permainan sebenar, mereka boleh bermain dengan lebih baik," katanya.
Kedah akan bertemu pasukan berstatus kelab, T-Team pada perlawanan suku akhir pertama akhir bulan ini.

- Utusan Malaysia  12 Mac 2012

Berikut merupakan sorotan video gol pasukan Kedah ketika menetang Perlis tempoh hari.
 
                                                     
   Video kredit sokernet.com
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...