Wednesday 14 December 2011

PSHK KINI


Salam kepada semua pembaca blog dan juga peminat-peminat pasukan Kedah FA. Kami di PSHK maju setapak lagi dengan kewujudan blog ini. InsyaAllah dengan adanya blog ini, info-info terbaru mengenai pasukan Kedah FA akan dapat disampaikan dengan lebih tersusun dan efisyen. Sebarang info-info terbaru daripada kami akan dapat disampaikan dengan lebih pantas lagi dengan adanya blog ini. Sama-samalah kita berganding bahu dalam menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kedah FA bagi musim hadapan. InsyaAllah blog ini bukan sahaja akan menyampaikan info-info terkini mengenai pasukan Kedah FA, tetapi kami juga akan berusaha untuk menyampaikan kepada anda senarai penjaring gol untuk pasukan Kedah FA bagi musim 2012, grafik-grafik menarik seperti wallpaper untuk pasukan Kedah FA dan juga jadual liga super bagi musim 2012 nanti. Jadi tunggu apa lagi? Khabarkan kepada rakan-rakan anda tentang kewujudan blog ini. Maklumat-maklumat terkini akan kami sampaikan kepada anda. LAWAN TETAP LAWAN! KEDAH FA TERBAIK!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...