Monday 19 March 2012

Yallah Safi Yallah !!


Lihat saja lenggokan badan dan aksi memukau diatas padang, kelibat pemain yang diberi jolokan ‘Zidane Kedah’ oleh peminat setia Hijau Kuning membuktikan fenomena kehadiran Safi atau nama penuhnya Abdelfatah Safi mula dirasai.

Bermain diposisi tengah, Safi mempunyai corak pemikiran kreatif melorongkan bola kepada barisan penyerang untuk mengegarkan jaring selain semangat tidak berputus asa.

Persefahaman yang jitu bersama kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar membuktikan kehadirannya dalam skuad Kenari adalah tepat pada masanya. Lenggokan badan dan aksi yang menghiburkan di dalam mengelirukan pihak lawan berjaya dibuktikan semasa perlawanan pertamanya turun menentang Sabah yang berkesudahan 2-2 pada 11 Februari lalu.

Karier pemain ini di Kedah bermula berikutan aksi hambar ditunjukkan Danilo Rafael dos Santos Vivaldo (Danilo) dan Daniel Baroni Soares Neves (Baroni) dari yang dilihat gagal membantu pasukan di dalam mencari kemenangan sehingga akhirnya menghuni tangga kedua tercorot pada awal persaingan Liga Super 2012.

Peminat tidak dapat menerima prestasi hambar pasukan kesayangan mereka yang pernah menjuarai kejuaraan triple pada tahun 2007 dan 2008 dan pada waktu yang sama turut mempersoalkan kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mendapatkan kembali bekas penyerang import sensasi mereka, Marlon Alex James yang kini telah disambar pasukan kaya berstatus kelab yang beraksi di liga perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seramai 10 pemain import berkunjung ke bumi Kedah untuk mengikuti sesi pemilihan pemain import sepanjang jendela perpindahan pemain import yang dilanjutkan termasuklah bekas penyerang handalan import Perlis, Philemon Chipeta.

Namun kehadiran Safi bagaikan membuka dimensi baru Kedah berdasarkan penampilan ditunjukkan dan keyakinan tersebut disuarakan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas kembali bertugas akibat digantung tujuh perlawanan gara-gara membantah keputusan pengadil pada tahun lepas. Kini semuanya terpulang kepada Wan Jamak untuk memastikan penampilanya bersama Kenari akan membuka demensi baru dan kembali mendaki puncak bersama kelompok pasukan lain pada tahun ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...