Wednesday 29 August 2012

KEDAH KEMBALI BERNAFAS


Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my

Pemain Kedah, Vedran Gerc (kiri) mengasak pemain Terengganu, Erison Da Silva dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, malam tadi.


ALOR SETAR - Kedah kembali bernafas untuk meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan Terengganu 2-1 dalam aksi Kumpulan B diStadium Darul Aman, semalam.

Kemenangan itu meletakkan skuad Kenari berkongsi tiga mata dengan Terengganu pada tangga ketiga dan keempat dalam 'kumpulan maut'.
Skuad Kenari bagaimanapun masih berdepan laluan berduri untuk mara ke peringkat suku akhir dengan perlu mencatatkan kemenangan dalam semua baki perlawanan peringkat kumpulan.

Penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambry muncul wira Kedah selepas meledakkan kedua-dua gol tuan rumah manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahaya.

Kedah membuka jaringan pada minit ke-10 apabila Khyril Muhymeen berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan sebelum memperdaya penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.

Kelebihan jaringan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila tandukan Abdul Hadi menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Khyril Muhymeen menghadiahkan tiga mata kepada Kedah menerusi jaringan kedua, dua minit selepas rehat.

* Artikel oleh Utusan Online.
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120829/su_03/Kedah-kembali-bernafas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...