Thursday, 9 February 2012

KEDAH VS KUALA LUMPUR l 8.02.2012 l ULASAN PERLAWANAN

Salam semua Penyokong Setia Hijau Kuning. Pada 08.02.2012 yang lalu, saingan liga super 2012 kembali setelah berehat seminggu. untuk perlawanan kali ini, Kedah telah bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur. Perlawanan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada jam 8.45 malam.

Kedua-dua pasukan sememangnya inginkan kemenangan bagi memastikan moral pasukan bertambah. Berikut merupakan 'line up' bagi pasukan Kedah bagi perlawanan ini

Helmi Eliza (PG) - Keon - Tibo - Fauzi Nan - Sabree - Fiory - Amar - Baddrol - Faizal - Khyrill - Baroni

Seawal minit ke 7, pasukan Kedah berjaya mendapatkan gol pertama bagi perlawanan ini. Gol telah dijaringkan oleh Khyrill Muhymeen menerusi rembatan deras. Untuk menonton soroton video gol itu, anda boleh klik DI SINI. Kredit kepada sokernet.com atas soroton video tersebut.

Pasukan Kedah berjaya mengekalkan gawang mereka daripada dibolosi pihak lawan sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua pula memperlihatkan penguasan bola yang seimbang bagi kedua-dua pasukan dan ternyata 3 mata penuh berjaya diperolehi oleh pasukan Kedah apabila berjaya mengekalkan jaringan 1-0 itu sehingga tamat permainan.

Berikut merupakan kedudukan pasukan Kedah setelah 6 perlawanan liga super 2012.

kredit kepada sokernet.com

Tahniah untuk skuad Kedah! InsyaAllah, sinar kebangkitan skuad Kedah sudah kelihatan. Ayuh bersama-sama dalam menyokong pasukan Kedah. Lawan tetap Lawan!

Thursday, 2 February 2012

ISU KEMEROSOTOAN SKUAD KENARI


SETELAH prestasi hambar yang dipamerkan oleh pemain sebagai punca kemerosotan Kedah, kali ini kelemahan itu dihalakan pula kepada Wan Jamak Wan Hassan.

 Wan Jamak Wan Hassan

Ia berikutan penggantungan ketua jurulatih itu diakhir musim lalu yang membuatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak sempat mencari jurulatih baharu bagi menguruskan pasukan.

Turut dipersalahkan oleh penyokong skuad Hijau Kuning ialah pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang didesak berundur daripada jawatan yang disandangnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak merupakan punca utama berlaku kepincangan dalam pengurusan bola sepak Kedah. 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib

"KFA terpaksa mengambil Mohd. Nidzam Adha (jurulatih skuad Piala Presiden) untuk membimbing Kedah buat sementara waktu sebelum Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) yang tamat pengantungannya Sabtu lalu mengambil alih semula.
"Namun selepas Wan Jamak kembali, sekiranya tiada sebarang kemajuan dalam skuad Kedah, kita akan mengkaji dan menilai semula beberapa perkara bagi menyelesaikan masalah yang melanda pasukan ketika ini," katanya. 

Bagaimanapun, menurut Hamdan, semua pihak termasuk pengurusan, pentadbiran dan pemain perlu bertanggungjawab berikutan prestasi hambar skuad Kedah. 

"Saya merasakan tidak adil jika kita menuding jari kepada mana-mana individu tertentu kerana ini adalah usaha bersama.

"Saya memang mengambil serius perkara ini dan harus melakukan yang terbaik," katanya.
Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya sekadar seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September lalu. 

Turut menerima nasib sama, Radhi yang merupakan penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri yang digantung empat perlawanan.

Dalam pada itu, Hamdan turut mempersoalkan persembahan hambar beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Sabree Abu dan Amar Rohidan yang gagal membantu pasukan mencapai kemenangan.

Katanya, pemain tempatan mempunyai kualiti yang baik, namun persembahan mereka agak tumpul menyebabkan peminat hampa dengan permainan mereka.

"Bertambah malang, import Kedah pula tidak berkualiti sehingga menyebabkan mereka terpaksa digugurkan bagi mencari import baharu yang dapat membantu mengubah nasib pasukan," katanya.

Menurut Hamdan, KFA dalam mesyuarat baru-baru ini memutuskan untuk mencari dua pemain import baharu di bahagian serangan dan tengah bagi membantu memantapkan pasukan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pemain berkaitan gaji dan kebajikan mereka, malah turut memberi insentif sekiranya mereka menang atau seri dalam perlawanan,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KFA menubuhkan satu pasukan pemantau yang terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi pemain dan jurulatih serta turut memantau isu-isu berkaitan dengan bola sepak termasuk rasuah.

"Mereka terdiri daripada ahli Eksekutif KFA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

>  Keratan dari akhbar kosmo ( sukan ) 03.02.12 , jumaat <

Tuesday, 24 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS JOHOR FC

Grafik oleh Syafiqaghani Mamat ikhlas untuk PSHK

Saturday, 21 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS KELANTAN F.A l ULASAN PERLAWANAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan untuk semua pembaca blog PSHK. Pada 20.01.2012 (Jumaat) yang lalu, pasukan Kedah telah bertemu dengan pasukan Kelantan bagi saingan liga super 2012 (perlawanan ke 4). Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada jam 8.45 malam.

Senarai barisan utama pasukan Kedah dan Kelantan bagi perlawanan itu adalah seperti berikut:

KEDAH F.A
Mie Yeh (GK) - Thiru - G-nan - Keon - Sabree - Syamim - Amar - Tibo - Sepet - Meen & Bad

Simpanan: Bashahrul, Baroni, Latiff, Kamal Azira, See Kok Luen, Fazliata & Muhaimin (GK)
KELANTAN F.A

Lineup Kelantan : Apek (GK) - Subramaniam - Farisham - Shakir - Mat Yo - Norfarhan - Aziz - Indra - Daudsu - Piya & M.Ghadar

Simpanan: Shahrizan (GK), Ramzul, N.Azwan Roya, M.Zamri, Rizal Fahmi, Denny Antwi & S.Chanturu
Perlawanan dimulakan dan untuk 20 minit pertama, pasukan Kelantan dilihat lebih banyak menguasai permainan. Sekitar minit ke 34, pasukan Kelantan telah dihadiahkan sepakan penalti oleh penalti selepas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Kedah. Berikut merupakan sorotan video gol pertama pasukan Kelantan 
 
Kredit video oleh Sokernet.com 
5 minit selepas gol pertama pasukan Kelantan, Pasukan Kedah dilihat cuba bangkit dan hasilnya, Khyril Muhymeen hampir-hampir menjaringkan gol pertama Kedah hasil daripada hantaran long ball daripada Baddrol Bakhtiar namun cubaan Khyril itu berjaya dikuis keluar oleh penjaga gol pasukan Kelantan iaitu Khairul Fahmi. Untuk separuh masa pertama, perlawanan berkesudahan dengan 1 - 0. Statistik untuk separuh masa pertama bagi pasukan Kedah dan Kelantan adalah seperti berikut:

Kedah / Kelantan

Shot On Target : 1 / 1
Shot Off Target : 3 / 5
Fouls : 7 / 7
Offside : 0 / 0
Corner Kick : 1 / 1
Yellow Card : 1 / 0
Red Card : 0 / 0
Separuh masa kedua bermula dan pasukan Kedah melakukan satu pertukaran dengan memasukkan Kamal Azira dan mengeluarkan Syamim. Sekitar minit ke 65, pasukan Kedah dilihat melancarkan serangan demi serangan ke gawang Kelantan. Kemudian, pada minit kt 67, pasukan Kedah melakukan satu lagi pertukaran dengan mengeluarkan Amar dan memasukkan Baroni.
Pasukan Kedah hampir-hampir mendapat gol pertama apabila Faizal melakukan satu rembatan, namun rembatan itu hanya menggegarkan palang pasukan Kelantan. Soroton video rembatan Faizal Abu Bakar boleh dilihat di bawah

Video kredit Sokernet.com

Pada minit ke 72, pasukan Kelantan pula melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan M. Ghadar dan menggantikannya dengan Denny Antwi. Pada minit ke 79, pasukan Kelantan berjaya memperoleh gol kedua hasil jaringan NorShahrul Idlan Talaha yang merembat ke arah kanan gol Kedua. Gol kedua pasukan Kelantan ini berpunca daripada kesilapan pertahanan Kedah yang agak leka sedikit. Video gol ini boleh dilihat di bawah


Video kredit Sokernet.com

Pada minit ke 87, pasukan Kedah melakukan pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Faizal Abu Bakar dan memasukkan Latiff. Pada minit 90+3, Denny Antwi berjaya menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Kelantan hasil kesilapan Helmi Eliza. Video gol ketiga pasukan Kelantan boleh dilihat di bawah


Video kredit Sokernet.com

Kedudukan terkini liga super 2012 selepas 4 perlawanan adalah seperti berikut:
Kredit DuniaSukanOnline

Perlawanan berkesudahan dengan Kedah 0 - Kelantan 3. Perlawanan seterusnya bagi pasukan Keda ialah Keda F.A akan menentang dengan pasukan Johor FC pada 28.1.2012 jam 8.45 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Lawan Tetap Lawan! Pulun Kedah Pulun!

Saturday, 14 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS LIONS XII FC l ULASAN PERLAWANAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua Penyokong Setia Hijau Kuning. Saingan liga super 2012 telah kembali menemuui kita semua pada 14.01.2012. Untuk perlawanan kedua ini, pasukan Kedah telah bertemu dengan pasukan Lions XII FC.

Bertindak selaku tuan rumah bagi perlawnan ini, pasukan Kedah berazam mahu menambat kembali hati para Penyokong Setia Hijau Kuning. Pasukan Kedah mendapat suntikan semangat apabila kira-kira 8 ribu penyokong setia hijau kuning datang memenuhi stadium darul aman, Alor Setar. Perlawanan dimulakan pada jam 8.45 malam. Senarai barisan utama bagi pasukan Kedah untuk perlawanan kali ini adalah seperti berikut:

Barisan Utama: Hadi(GK) l Fauzi Nan l Tibo l Sabree Abu l Faizal Abu Bakar l Amar Rohidan (K) l Kok Luen l Fiqry Mat Isa l Khyril l Baroni

Perlawanan dimulakan dan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada awal babak permainan. Untuk tempoh 20 minit pertama, pasukan Lions XII FC dilihat menguasai permainan namun untuk tempoh yang berikutnya, pasukan Kedah berjaya mengimbangi perlawanan dan satu perkara yang harus diakui ialah pasukan Kedah kerap kali melakukan serangan ke gawang gol pasukan Lions XII FC, namun penyudah yang tumpul sedikit sebanya menjejaskan rentak permainan pasukan Kedah.

Pada minit ke 26, pasukan Kedah berjaya mendapat sepakan percuma di hadapan kotak penalti pasukan Lions XII FC setelah Sabree Abu dijatuhkan dalam kawasan tersebut. Namun, sepakan percuma itu tidak berupaya untuk menjelmakan gol untuk pasukan Kedah. Kemudian, pada minit ke 29, pasukan Kedah telah berjaya mendapat sepakan sudut dan pasukan kedah dilihat semakin agresif dalam melancarkan serangan ke gawang pasukan Lions XII FC. Separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 0 - 0. Berikut merupakan statistik bagi pasukan Kedah untuk separuh masa pertama:

Foul: 8/8
Corner Kick: 4/4
Shot Off Target: 3/1
Shot On Target: 2/2
Offside: 0/2

Separuh masa kedua bermula dan pasukan Kedah telah melakukan satu pertukaran pada minit ke 54 iaitu dengan mengeluarkan Fiqry Mat Isa dan memasukkan Thiru. Pasukan Kedah lebih banyak menguasai kawalan bola dan pada minit ke 65, Abdul Latif masuk menggantikan Kok Luen. Pasukan Kedah melakukan pertukaran yang ketiga pada minit ke 73 dengan memasukkan Syamim dan mengeluarkan Fazliata. Keputusan penuh bagi perlawanan ini adalah 0 - 0.Rumusan daripada perlawanan ini adalah pasukan Kedah harus mempertajamkan penyudah dan memperkemaskan hantaran. InsyaAllah, pasukan Kedah akan bangkit untuk perlawanan seterusnya.

Aksi dalam perlawanan semalam. 
Kredit foto: Aizzuddin Hakim l Dunia Sukan

Ayuh! Teruskan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk pasukan Kedah bagi perlawanan yang seterusnya iaitu perlawanan diantara pasukan Kedah menentang pasukan Selangor PKNS FC. Perlawanan ini akan diadakan pada 17 Januari 2012, 8.45 malam di Stadium Kelana Jaya. TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini.

Carta liga super 2012 selepas perlawanan kedua adalah seperti berikut:

Kredit gambar: Duniasukan.com

* Nantikan entri terbaru (review perlawanan Kedah menentang Selangor PKNS FC


Friday, 13 January 2012

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BELIA SEJAHTERA

Klik untuk pembesaran imej

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog PSHK. Selaku rakan media bagi kejohanan ini, kami di PSHK ingin mengumumkan bahawa PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BELIA SEJAHTERA akan diadakan pada 23 Januari 2012/29 Safar 1433 (Isnin). Kejohanan ini akan diadakan di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang pada jam 9 pagi hingga 6 Petang. Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh dirujuk pada banner di atas.

Jika anda berminat untuk menyertai kejohanan ini, anda bolehlah mendownload borang pertandingan dengan KLIK DI SINI

Thursday, 12 January 2012

LIGA SUPER 2012 l KEDAH F.A VS LIONS XII FC

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami ucapkan kepada anda semua. Baiklah, entri kali ini adalah mengenai jadual liga super 2012 [perlawanan kedua] yang akan berlangsung pada 14.01.2012 kecuali perlawanan di antara Kelantan menentang Selangor PKNS yang dijadualkan berlangsung pada 13.01.2012.

Pasukan Kedah akan menerima kunjungan pasukan Lions XII di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada hari sabtu ini jam 8.45 malam. Diharapkan pasukan Hijau Kuning mampu mencipta kemenangan bagi perlawanan kedua ini. Bagi kami, pasukan Lions XII bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah. Mereka dibarisi pemain-pemain senior pasukan kebangsaan Singapura. Walaupun mereka 'melanggar syarat' yang telah ditetapkan FAM, namun atas 'kelembutan' FAM dalam perkara ini, maka pasukan Lions XII boleh membariskan pemain-pemain senior dalam pasukan tersebut. Tidak mengapa, kita tinggalkan kisah FAM. 


Yang ingin kita perkatakan sekarang ialah marilah kita sama-sama menyokong pasukan Kedah bagi perlawanan ini. Diharap para pemain pasukan Kedah mampu menunjukkan aksi yang mantap di hadapan penyokong setia hijau kuning. Ayuh! Marilah bersama-sama kami dalam menyokong pasukan Kedah. Lawan tetap lawan! Pulun Kedah Pulun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...